Percubaan PERCUMA Selama 14 hari, Tak Perlu Kredit Kad

Bot WhatsApp untuk Automasi Mesej Pelanggan

WhatsApp anda pun boleh kerja 24/7! Guna WhatsApp bot kami secara PERCUMA untuk bantu layan pelanggan, jawab soalan biasa, dan follow up leads tanpa henti - semua ni tanpa perlu tahu coding!

Anda Tahu?

54%
pengguna lebih suka menerima komunikasi pemasaran dan kemas kini pesanan melalui WhatsApp.
67%
orang kini menjangkakan untuk berkomunikasi dengan perniagaan melalui aplikasi mesej, bukan melalui cara tradisional seperti emel atau panggilan telefon.
83%
pengguna menggunakan aplikasi mesej untuk menghubungi perniagaan dan mendapatkan maklumat tentang produk serta perkhidmatan mereka.

Faedah Menggunakan WhatsApp Chatbot

Meningkatkan Penglibatan Pengguna

WhatsApp bot dapat memastikan pelanggan kekal aktif dan berminat tanpa perlu menunggu lama.

Sokongan Pelanggan 24/7 Tanpa Henti

Bot WhatsApp kami sentiasa ready jawab soalan pelanggan, urus permintaan mudah, walau waktu pejabat dah habis.

Mudahkan Prospek Jadi Pelanggan

Bantu pelanggan buat keputusan cepat dengan balasan yang pantas dan jelas sepanjang proses jualan.

Jimat Masa dan Fokus Close Sales

Tidak perlu ulang-ulang taip jawapan yang sama. Biarkan WhatsApp bot urus soalan biasa, sapaan, dan follow-up untuk anda.

Fungsi Chatbot WhatsApp Kami

Kekalkan Konsistensi Jenama

Jaga imej dan kepercayaan jenama terus dari nombor WhatsApp anda sendiri. Tak perlu guna nombor pihak ketiga atau setup rumit.

Sokongan Pelbagai Format Media

Buat komunikasi anda dengan pelanggan lebih menarik dengan hantar bukan sahaja teks, tapi juga PDF, gambar, dan video. WhatsApp bot kami sokong semua format utama untuk komunikasi lebih berkesan.

Faham Mesej Suara

Bot WhatsApp kami boleh dengar dan faham mesej suara, jadikan perbualan lebih pantas dan semula jadi. Sesuai untuk pengguna sibuk atau pelanggan yang lebih suka bercakap daripada menaip.

Analisis Imej

Sama ada gambar produk, dokumen, atau nota tulisan tangan, chatbot AI kami boleh kenal pasti maklumat penting dan beri jawapan pintar yang tepat mengikut konteks.

Sokong Pelbagai Bahasa

WhatsApp AI chatbot kami boleh “bercakap” dalam bahasa pelanggan anda! Ia automatik kesan dan balas dalam Bahasa Inggeris, Cina, dan Melayu - bagi pengalaman yang lancar dan sesuai dengan lokasi pengguna.

Integrasi Sistem Automasi untuk WhatsApp

WhatsApp Chatbot kami mudah disambungkan dengan alat popular seperti Google Sheets & Google Calendar untuk automasikan balasan perniagaan, tangkap prospek, dan selaraskan data dengan lancar.

Tutorial Cara Guna WhatsApp AI Chatbot Kita

Jimat Masa, Jana Lebih Jualan!

Biarkan bot WhatsApp urus soalan biasa dan mesej lewat malam. Anda boleh rehat sambil tutup lebih banyak jualan dengan mudah!

Hasil yang Dicapai Selepas Guna Automasi WhatsApp dalam Perniagaan

↓ 0%
Kos Khimat Pelanggan Turun
*Menurut IBM, penggunaan chatbot WhatsApp boleh kurangkan kos khidmat pelanggan sehingga 30% dengan automasi untuk soalan rutin.
↑ 0%
Peningkatan Penukaran Prospek
*Syarikat melaporkan peningkatan penukaran antara 20–70%, bergantung pada sejauh mana chatbot AI disepadukan dalam proses jualan mereka.
↓ 0%
Kurang Mesej Terlepas
*Chatbot WhatsApp beroperasi 24/7 untuk menangkap prospek. Ramai perniagaan menyaksikan pengurangan ketara dalam mesej terlepas, terutama selepas waktu pejabat.
↑ 0%
Kepuasan Pelanggan Meningkat
*Menurut kajian HubSpot dan Salesforce, tindak balas yang lebih cepat daripada chatbot boleh meningkatkan tahap kepuasan pelanggan sehingga 25% hingga 40%.

Layan pelanggan lebih laju & automatik dengan SalesAI

Hantar Mesej Interaktif Tanpa Perlu Coding

Chatbot WhatsApp kami membolehkan anda hantar mesej interaktif yang menarik tanpa perlu kemahiran teknikal. Integrasi mudah, terus mula berhubung dengan pelanggan anda.

Tarik Perhatian dengan Kandungan Visual yang Menonjol

Hantar video, gambar, atau katalog produk yang lebih menarik dari sekadar teks. Dengan SalesAI, anda boleh cipta mesej yang lebih visual dan berkesan.

Tutup Sales Lebih Cepat dengan Balasan Segera

Dalam dunia jualan, kelajuan itu penting. SalesAI memastikan prospek anda mendapat respon serta-merta, bantu kekalkan minat dan tingkatkan kadar penukaran.

Pelbagai Kegunaan AI Wasap Chatbot

Dari khidmat pelanggan, jualan, pemasaran hingga operasi dalaman, SalesAI sedia bantu automasi semua bahagian perniagaan anda.

WhatsApp Bot Tabs
Jawab soalan lazim, aduan, dan permintaan pelanggan secara automatik untuk mempercepat respon dan kurangkan beban pasukan sokongan.
Libatkan pelanggan dengan promosi, kutip maklumat prospek, dan jalankan kempen untuk tingkatkan jualan dan bina senarai pelanggan.
Layak tapisan prospek, jawab soalan produk, dan bantu pelanggan ke arah pembelian — berfungsi seperti pembantu jualan automatik.
Benarkan pelanggan buat tempahan servis atau perjumpaan tanpa perlu telefon, siap dengan integrasi kalendar dan sistem peringatan automatik.
Sambut pelawat, jawab FAQ, dan bimbing pengguna ke halaman penting — bantu tingkatkan penglibatan dan kurangkan bounce rate.
Bantu staf dengan isu teknikal seperti reset kata laluan dan troubleshooting, kurangkan tiket IT dan percepatkan bantuan dalaman.
Membantu jabatan HR, pentadbiran atau operasi jawab soalan berulang dan rekod permintaan, meningkatkan kecekapan organisasi.
Bertindak sebagai pusat maklumat pintar, pengguna boleh tanya dan terus dapat jawapan tepat, sama ada untuk pelanggan, staf, atau pelajar.

Melangkah Ke Masa Depan Sokongan Pelanggan

Mulakan dengan AI Wasap Chatbot percuma 14 hari dan tingkatkan interaksi pelanggan anda!

SOALAN YANG SERING DITANYA UNTUK

WhatsApp CHATBOT

Berikut adalah antara soalan yang paling kerap ditanya oleh pelanggan kami. Jika anda tak jumpa jawapan yang anda cari, sila hubungi kami untuk mendapatkan bantuan.

Adakah Chatbot AI Percuma Ini Perlukan Kredit Kad?

Tidak perlu kad kredit. WhatsApp Chatbot AI kami adalah 100% percuma untuk 14 hari, gunakan tempoh ini untuk cuba semua fungsi dan lihat bagaimana ia bantu bisnes anda berkembang.

Adakah Anda Menyediakan Latihan untuk Tetapan Chatbot WhatsApp?

Ya! Kami menyediakan panduan lengkap langkah demi langkah, dari cara mulakan, tetapan mesej balas automatik, hingga memastikan bot anda berfungsi dengan lancar.

Kenapa Perlu Automasi Khidmat Pelanggan?

Automasi bantu anda respon serta-merta, kurangkan masa menunggu, dan urus lebih banyak pertanyaan tanpa tambah staf - pelanggan lebih puas hati, dan pasukan anda lebih efisien.